Langkau ke kandungan utama

FOKUS KEMAHIRAN

FASA PERMULAAN

👉 Fasa yang difokuskan dalam laman sesawang ini adalah fasa permulaan secara teknik dekam

Teknik permulaan larian secara dekam mempunyai 3 cara. Antaranya adalah gaya peluru ( jarak blok adalah 27.3cm), gaya sederhana ( jarak blok adalah 40cm), dan gaya panjang ( jarak blok adalah 52 - 65 cm). Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya.

Teknik dekam terbahagi kepada 3 gaya:

1. Gaya Peluru


  • Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 setengah tapak.
  • Hujung tapak kaki belakang selaras dengan tumit tapak kaki hadapan.
  • Ruang diantara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


2. Gaya Sederhana


  • Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 setengah tapak.
  • Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
  • Ruang diantara 2 tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

3. Gaya Panjang

 
  • Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 setengah tapak.
  • Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
  • Ruang diantara 2 tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat:

Peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian hadapan dan belakang blok permulaan. Kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok permulaan. Jari pula diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan. Kedudukan tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. Manakala bahu ke hadapan sedikit. Seterusnya tangan diluruskan tetapi dalam keadaan selesa. Kepala dan leher pula dalam satu garisan dengan tulang belakang. Akhir sekali fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan) dan mengawal pernafasan.

Peringkat sedia - kawal pernafasan. Selepas itu punggung diangkat perlahan-lahan sehingga melebiharas bahu. Kepala dan leher pula dalam satu garisan dengan tulang belakang. Kemudian mata difokuskan ke hadapan, manakala bahu ke hadapan sedikit daripada tangan dengan keadaan lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah dan lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. Akhir sekali kaki ditolak kuat pada blok permulaan.




Ulasan

Lari Pecut

TATACARA PEMAKAIAN DAN ALATAN

Alatan dan Pemakaian Kasut Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya. Pemakaian sukan Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’ Blog pe...

TEKNIK DALAM LARI PECUT

GAYA DALAM LARI PECUT 👉 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Bagi pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. 1. Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi. 2.  Gaya dekam biasanya digunakan oleh para atlet dan profesional dalam peringkat- peringkat tinggi. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh dilatih oleh pelari baharu. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

PENGENALAN

 Olahraga - Lari pecut