Langkau ke kandungan utama

TATACARA PEMAKAIAN DAN ALATAN

Alatan dan Pemakaian

Kasut

Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya.

Pemakaian sukan

Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’

Blog permulaan

Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan di awal garisan permulaan untuk membantu pelari pecut membuat lonjakan yang pantas, maksimum dan secara eksplosif semasa memulakan larian. Blok permulaan digunakan di seluruh dunia dalam acara olahraga dan merupakan alat penting digunakan jika catatan masa menggunakan ‘ elektronik time’.

Ulasan

Lari Pecut

TEKNIK DALAM LARI PECUT

GAYA DALAM LARI PECUT 👉 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Bagi pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. 1. Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi. 2.  Gaya dekam biasanya digunakan oleh para atlet dan profesional dalam peringkat- peringkat tinggi. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh dilatih oleh pelari baharu. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

PENGENALAN

 Olahraga - Lari pecut