GAYA DALAM LARI PECUT
👉 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Bagi pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.
1. Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.
2. Gaya dekam biasanya digunakan oleh para atlet dan profesional dalam peringkat- peringkat tinggi. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh dilatih oleh pelari baharu. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
Ulasan
Catat Ulasan