Langkau ke kandungan utama

PENGENALAN

 Olahraga - Lari pecut



        Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik alaktik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah.

Acara lari pecut merupakan larian dalam jarak pendek dalam tempoh masa yang terhad. Ia digunakan dalam banyak sukan yang menggabungkan berlari, biasanya sebagai cara dengan cepat mencapai sasaran atau matlamat. 

Dalam olahraga balapan dan padang, lari pecut merupakan perlumbaan dalam jarak pendek. Ia adalah antara pertandingan berlari yang tertua. 13 edisi pertama Olimpik Purba hanya menampilkan satu acara-perlumbaan stadium, yang merupakan perlumbaan dari satu hujung stadium ke yang lain.

Bagi memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut. Latihan ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki, dan latihan pecutan. Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. 


Ulasan

Lari Pecut

TATACARA PEMAKAIAN DAN ALATAN

Alatan dan Pemakaian Kasut Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya. Pemakaian sukan Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’ Blog pe...

TEKNIK DALAM LARI PECUT

GAYA DALAM LARI PECUT 👉 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Bagi pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. 1. Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi. 2.  Gaya dekam biasanya digunakan oleh para atlet dan profesional dalam peringkat- peringkat tinggi. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh dilatih oleh pelari baharu. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.