Langkau ke kandungan utama

FASA-FASA LARI PECUT

 

 Fasa Permulaan 

Fasa permulaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. 

Memulakan larian tanpa blok permulaaan

  1. Gaya peluru

  • Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
  • Hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan
  • Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

    2. Gaya sederhana

  • Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
  • Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
  • Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

    3. Gaya panjang

  • Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
  • Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
  • Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan larian dengan blok permulaan

  1. Gaya peluru

  • Blok permulaan diletakkan rapat dengan garisan permulaan
  • Blok hadapan diletakkan dua tapak kaki dari garisan permulaan
  • Blok belakang berjarak setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

    2. Gaya sederhana

  • Blok hadapan berjarak dua tapak kaki dari garis permulaan
  • Blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

    3. Gaya panjang

  • Blok hadapan diletakkan dua tapak kaki dari garis permulaan
  • Blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 

Fasa Larian


1. Pecutan

  • Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di blok permulaan.
  • Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula.

  • Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
  • Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
  • Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
  • Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

    2. Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

  • Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian
  • 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter
  • Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlit.

    3. Larian di selekoh

  • Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'
  • Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'
  • Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.


Fasa Penamat 

  • Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya.
  • Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat.
  • Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada atau bahagian torso ke hadapan.


Ulasan

Lari Pecut

TATACARA PEMAKAIAN DAN ALATAN

Alatan dan Pemakaian Kasut Kasut sukan atau lebih dikenali sebagai ‘spike’ merupakan peralatan penting bagi setiap atlet olahraga yang mengambil bahagian terutamanya acara pecut. Penggunaan kasut sukan ini amat penting dalam membantu larian serta meningkatkan prestasi sukan. Namun, pemilihan jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlet secara individu kerana semangkin ringan dan berkualiti jenis kasut sukan, semakin selesa digunakan. Terdapat jenama kasut sukan yang dikenali dan mempunyai kualiti yang tinggi seperti adidas, asics, puma, mizuno dan sebagainya. Pemakaian sukan Pakaian sukan bagi para atlet olahraga juga penting untuk keselesaan semasa pertandingan. Dalam kejohanan besar seperti Olimpik, dan sukan yang biasa dibuat seperti sukan Sea, sukan Asean dan sebagainya, atlet memakai singlet atau dikenali sebagai ‘running vest’ dan terdapat nombor peserta, negara ataupun pasukan yang diwakili serta nama penganjur yang menganjurkan sama ada penganjur ataupun ‘sponsorship’ Blog pe...

TEKNIK DALAM LARI PECUT

GAYA DALAM LARI PECUT 👉 Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Bagi pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan. 1. Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi. 2.  Gaya dekam biasanya digunakan oleh para atlet dan profesional dalam peringkat- peringkat tinggi. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh dilatih oleh pelari baharu. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

PENGENALAN

 Olahraga - Lari pecut